Ramadhan Kareem 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Syukur ke hadrat Illahi, insyallah kita akan bertemu Ramadhan pada tahun ini  bermula Sabtu 27 May 2017, bersamaan dengan 1 Ramadhan 1438 Hijrah.

Bulan ramadhan adalah bulan dimana kita sebagai seorang muslim diwajibkan untuk menjalankan ibadah puasa. Pada bulan yang penuh rahmat ini, seluruh amalan yang kita kerjakan akan berlipat ganda terutama amalan baik. Insyallah, marilah kita bersama-sama beramal sambil berpuasa dan memenuhi rumah Allah, surau dan masjid yang ada bagi tujuan beribadah.

Ramadan-Mubarak-hd-wallpapers-800x600

Selamat Datang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum wbt

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Selamat datang ke laman web Surau Jubli Perak Al-Ikhwan Fasa 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Laman web dan blog ini dibina sebagai sebuah portal yang berfungsi untuk penyebaran maklumat mengenai surau Jubli Perak Al-Ikhwan.

Selamat melayari laman web ini dan semoga anda mendapat manfaat dari dan dirahmati Allah swt.

Insyallah.

1-Luar - Copy

Nicewriters :)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Syukur ke hadrat Illahi, laman web dan blog Surau Jubli Perak Al-Ikhwan Bandar Baru Bangi telah berjaya dibangunkan.

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar kursus LMCR 2243 Kemahiran Menulis Semester 2, 2016/2017 dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Kumpulan Nicewriters yang telah bertungkus lumus memerah idea dan keringat demi menjayakan projek usahasama membangunkan laman web dan blog bagi surau Jubli Perak ini. 

IMG_6803.JPG

Kumpulan Nicewriters (Kiri –>Kanan): Norazila Suboh, Angelene Ghosten Wan, Uswatun Hasanah Binti Long Bongsu  & Nurul Afiqah Binti Faizul (Tiada dalam gambar)

Semoga usaha kita mendapat keberkatan dari Allah Swt.

Insyallah.