Jazakallahu Khairan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jazakallahu Khairan

Semoga Allah membalas kebaikan terhadapmu

Pihak Surau Jubli Perak Al-Ikhwan merakamkan sekalung penghargaan dan  mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar dari UKM yang telah berkolaborasi membangunkan laman web ini.

Projek membina laman web dan blog untuk surau Jubli Perak Al-Ikhwan ini merupakan kolaborasi antara pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengikuti kursus LMCR 2243 KEMAHIRAN MENULIS Semester 2 2016-2017 di bawah seliaan pensyarah kursus iaitu Dr. Maharam Binti Mamat. Secara asasnya, para pelajar dikehendaki membantu pihak surau di sekitar kawasan Bangi yang telah dipilih untuk membina blog.

Kumpulan Nicewriters yang dianggotai oleh Norazila Binti SubohAngelene Ghosten Wan, Uswatun Hasanah Binti Long Bongsu dan Nurul Afiqah Binti Faizul telah dipilih untuk membina blog bagi pihak surau Jubli Perak Al-Ihwan ini. Mereka telah mengunjungi surau sebanyak tiga kali bagi mendapatkan dan mengumpul maklumat yang diperlukan.

IMG_6800

Kumpulan Nicewriters bersama Tuan Pengerusi Surau : Ustaz Nasron Bin Duki

Ucapan jutaan terima kasih turut kami rakam buat pensyarah kursus Dr. Maharam Binti Mamat yang telah mencadangkan projek kolaborasi ini. Idea hebat ini sememangnya diperlukan oleh pihak surau dan telah berfungsi sebagai khidmat komuniti kepada masyarakat setempat. Jika ada yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dari beliau, bolehlah berhubung dengan

Dr. MAHARAM BINTI MAMAT Dr. Maharam Mamat
Pusat CITRA UKM
maharam@ukm.edu.my
+603-89216924

Semoga kita semua direstui dan diberkati oleh Allah swt di atas usaha murni ini. Insyallah, amin.

Advertisements