Sejarah Surau

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Surau Jubli Perak Jalan 4/2 Bandar Baru Bangi mula dibuka pada 22 Mac 1990 atas inisiatif jawatankuasa penduduk untuk menyediakan tempat ibadah bagi penduduk yang beragama Islam di 13 buah blok Pangsapuri Jubli Perak Jalan 4/2 dan kawasan sekitarnya. Nama unik surau ini diambil sempena pangsapuri Jubli Perak yang terletak di kawasan yang sama dengan surau. Para qariyah telah dibenarkan solat Jumaat di surau ini bermula pada 8 November 1995, iaitu 5 tahun selepas penubuhannya, kerana bilangan penduduk disekitar surau yang agak tinggi iaitu 7000 orang. Penubuhan surau ini banyak membantu menyedarkan masyarakat mengenai peranan surau dan ini dapat dibuktikan apabila masalah sosial di kawasan Seksyen 4 berkurangan selepas surau ini mula melaksanakan solat Jumaat dan kuliah.

            Selang beberapa tahun penubuhannya, surau Jubli Perak Al-Ikhwan telah ditutup pada 1 Februari 2003, iaitu 13 tahun selepas penubuhannya dan telah dirobohkan pada 20 Februari 2003. Keadaan ini berlaku di atas beberapa keadaan dan faktor yang tidak dapat dielakkan pada ketika itu. Mac 2003, jawatankuasa penduduk memulakan pembinaan bangunan surau yang baru di kawasan tanah lapang milik penduduk yang tidak jauh dari pangsapuri tersebut dengan wang hasil derma orang ramai. Surau yang baru telah siap dibina dalam masa 3 bulan iaitu pada bulan Jun 2003. Ianya terletak telah menggantikan peranan surau lama dalam menjadi pusat ibadah dan kegiatan Islam di kawasan Seksyen 4 Bangi. Surau Jubli Perak Al-Ikhwan yang siap dibina telah dirasmikan pada 27 July 2003 oleh Menteri Besar Selangor semasa Majlis Mesra Rakyat diadakan. Disamping itu juga, Kafa Integrasi Jubli Perak turut berkongsi lokasi dengan surau ini.

            Kini selepas 27 tahun (1990-2017), surau Jubli Perak Al-Ikhwan ini masih lagi aktif dan sentiasa hidup dengan majlis ilmu dan dipenuhi kariah setiap kali solat fardu berjemaah, namun masih tidak dibenarkan untuk mendirikan solat Jumaat kerana terdapat sebuah lagi surau berhampiran iaitu Surau Al-Kauthar yang mampu menampung bilangan kariah di Seksyen 4.

Advertisements